Cinta, Kahwin, Cerai


Masa bercinta boley je sampai 5,6,9 tahun...
Bila dah kahwin...lepas sebulan bercerai

kalau time bercinta...putus..dpt title ex bf/gf
kalau dah kahwin...takda nya putus..bercerai la woiiii....dapat title janda woiiii

kalau time bercinta...putus..bley declair balik
kalau dah kahwin...dah bercerai... nak declair balik..jd gila talak

Aduyaiii.....cita ni lagi seram dari cinta hantu
Kisah reality ni...alasan bercerai sebab bini tak cerdik...woiiiiiiii......
laki tu laGI LA tak cerdik. woiiiii....woiiiiii.....bengongnya......

Paling menyedihkan, lepas bercerai...masing-masing ligat bercinta semula dengan orang baru masing-masing.
kenapa bercerai? kenapa ceraikan yg halal lepas tu cari yang haram (psangan baru)


Bukankah hubungan perkahwinan itu adalah untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain. Masa bercinta, boleh je 
" sayang tak cantik..." ______ "tak pe..abg trima sayang seadanya"
Kenapa, bila dah kahwin semua serba tak kena. Sampai tak boleh terima perangai pasangan. Ye betol. bercinta lain,kahwin lain. Semua orang yang berkahwin akan kenal siapa pasangan mereka selepas berkahwin. Sebab tu la orang selalu cakap..nak berkahwin kena bersedia dalam semua hal. Bukan sekadar mampu dari segi wang dan batin saja. Mampu dan bersedia dari segi mental juga syarat penting untuk berkahwin. Macam mana nak layan perangai pasangan yang kita tak pernah nampak masa bercinta dulu.




Banyak alasan tak munasabah untuk bercerai. Lelaki hitam lah, perempuan tak cerdik lah, macam-macam lah. Sedangkan pasangan mereka tu pilihan mereka sendiri. Aduyaiii...makin pelik manusia sekarang.



Maaf jika ada yg tersinggung,
Renung-renungkan...kenapa kita boleh pertahankan hubungan yg haram bertahun tahun lamanya..tapi kita tak mampu pertahankan hubungan yg halal. Masa bercinta, si dia merajuk, pasangan boleh pujuk sampai hadiahkan itu ini. 
Bermati-matian nak pujuk si dia. Kata-kata manis sampai 10 perenggan untuk lembutkan hati si dia. Tapi, bila dah berkahwin..silap sikit berpisah sampai bercerai berai. Ramai orang rasa bangga dengan hubungan percintaan yang bertahan sampai 6,7 tahun... Alasan yang biasa kita dengar, "Dah tak da jodoh" Ye betul...jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tapi, adakah hanya pada takdir kita menunding jari kalau perkahwinan hanya sebulan? Yang membuat keputusan untuk bercerai itu adalah diri kita sendiri. 

Cuba jadikan ibu bapa kita sebagai tempat mendapat tips rumah tangga. Sebab Ibu bapa kita sekarang dah berbelas-belas anak dan berpuluh-puluh cucu. Bagaimana mereka pertahankan rumah tangga. Jangan asyik tanya kawan je. Masalah rumah tangga sikit tanya kawan. Kawan apa tau. Pengalaman dia pun tak seberapa. Lain rumah, lain tangganye kan? Tanya tips dekat kawan memang la hancur rumah tangga sebab suami kawan lemah lembut, ikut je bini cakap apa. Suami kita ni pemarah,tegas orang nye. Memang bertentangan la dengan situasi rumah tangga kita kan? Cara terbaik, tanya lah ibu bapa sendiri atau tanyalah mertua.

Semoga perkahwinan satu landas mencari keredhaan Allah. Semoga rakan-rakan yg bakal berkahwin,sedang berkahwin, telah berkahwin atau pernah berkahwin tidak rapuh dalam mempertahankan hubungan yg halal. Jika goyah, mohonlah dari penentu jodoh kita. Allah s.w.t. Minta lah petunjuk dari Dia. Itu saja cara mempertahankan rumah tangga. Hanya dengan berdoa, Allah akan beri petunjuk dalam pelbagai cara. Mungkin melembutkan hati yang keras, mungkin menyejukkan hati yang panas, mungkin memberi kekuatan dan kesabaran dalam hadapi perangai pasangan yang tak menentu, mungkin mengukuh lagi kasih sayang dan macam-macam lagi. In Shaa Allah...

      
Sedikit renungan :
Jodoh dari SyaitanJodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.

Jodoh dari JinIni berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.

Jodoh dari Allah SWTJodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta… :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...