Terlebih Bayar Duit Kereta


Morning..!!!

Ahakssss..... Hari ini dalam sejarah bagi syarikat-syarikat kereta. Rasanya tak pernah berlaku di Malaysia kejadian ni. Biasa kita dengar kereta kena tarik sebab berbulan tak bayar. Biasa kita dengar bank call mintak bayar duit kereta. Biasa kita dengar orang tak bayar duit kereta berbulan-bulan. HaHaHa.... (gelak dulu). Kali ni, lain daripada biasa. Pembeli kereta terlebih bayar duit kereta. Mujur syarikat kereta tu jujur dan call pembeli untuk pulangkan balik duit tu.

Begini flashback saya..........

Kringg...kring..kring... (telefon..telefon berbunyi. Ada haiwan dalam bahaya!)

Toyota : Selamat petang Pakcik. Saya dari Toyota Capital.

Pembeli : Ya saya... (dalam hati berdebar..maybe depa call nak tuntut duit kereta lama tak bayar...atau maybe depa call nak tarik kereta. Alamak..! tak da kereta lepas ni..)

Toyota : Pakcik, pakcik bayar duit kereta lebih ni. Lebih nilai sebanyak RM***.**. Lebih untuk sebulan. Pakcik bagi no akaun untuk saya pulangkan balik ke akaun pakcik.

Pembeli : ok..(bagi no akaun)

Begitu lah flashback saya...................


Tak pernah dengar lagi orang terlebih bayar duit kereta. Pembeli itu adalah ayah aku...Betapa berdisiplin nya ayah aku. Bayarrrr aje tiap2 bulan sampai tak sedar terlebih bayar. Ni lah perangai ayah yang tak suka berhutang. Maybe lepas ni ayah nak beli kereta lagi, Toyota akan bagi vip service kat ayah atau permudahkan urusan belian kereta sebab dia mudah bayar duit kereta. HaHaHaHa....

# Kami yg ada kat situ...dok tunggu penuh suspend ja time ayah ckp telefon. Huh..! awat syarikat kereta call ni? Penuh debaran..penuh drastik...

1 comment:

  1. assalam..saya nak tanya la..oh..before tu..nama saya atiqah..hmm..situasi saya sama dengan situasi awak ni..tapi saya pakai kereta produa..bukan honda..situasi saya..maybank akan tolak direct dari akaun saya..tapi bulan ni bila saya check baki online die belum tolak..so saya pergi bayar secara manual kt mesin atm..tp bila check semula rupa-rupanya dia dah tolak dari akaun..jadi..saya nak tanya kalau awak tahu adakah situasi die same macam situasi awak ni..kalau x keberatan boleh share pada saya..terima kasih..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...