KENALI PEREMPUAN

1. Perempuan adalah makhluk yang paling sensitif bila diorang tengah datang bulan. Ni kita panggil sindrom datang bulan (PMS). *amaran: jangan pernah buat kami marah masa ni

2. Perempuan paling suka berborak. Jadilah pendengar yang setia. 

3. Perempuan suka ambil gambar banyak-banyak untuk jadikan kenangan.

4. Perempuan paling suka makan. Lepas tu mulalah bising berat dah naik. *diet

5. Bila buah hati mereka tak balas mesej dalam tempoh yang lama, 3 perkara yang berada di fikiran mereka samada mereka rasa bf mengabaikan mereka, bf marahkan mereka atau bf rasa mereka menjengkelkan atau menganggu.

6. Perempuan sukakan pujian, lebih2 lagi dari seseorang yang mereka sukai. 

7. Bila perempuan marah mereka bukan sengaja nak marah tapi sebab mereka sayang dan ambil berat. 

8. Perempuan yang paling garang sebelum kahwin adalah isteri yang paling manja. 

9. Perempuan sukakan lelaki yang bersikap melindungi, tapi jangan terlalu melindungi sampai mengongkong pula..

10. Bila sedih, perempuan suka dipeluk sebab mereka rasa selamat. 

11. Kadang-kadang perempuan suka bagi petunjuk dekat seseorang yang mereka sayang tentang apa yang mereka suka *tetapi tulah lelaki ni tak faham bahasa isyarat.

12. Walaupun mempunyai kawan lelaki dan peminat yang ramai tapi dalam masa yang sama dalam fikiran diorang hanya ada seseorang yang mereka sayang sahaja. 

13. Bila perempuan mula cemburu mereka boleh jadi detective yang paling berjaya tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh sampai lubang cacing pun mereka selidik. 

14. Perempuan suka banyak berfikir dan suka buat kesimpulan yang bukan2 tentang buah hati mereka.Tapi sebenarnya apa yang mereka fikirkan tu tak berlaku pun.Risau tak sudah. 

15. Perempuan akan berasa cemburu bila ternampak kekasih mereka dengan perempuan lain walaupun sekadar kawan. 

16. Jangan tipu kami kerana kami akan selalu dapat tahu 

17.Walaupun bersedih perempuan tetap akan tersenyum. Mereka akan nangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria semula di hadapan orang. 

18. Air mata adalah senjata wanita. 

19. Bila perempuan senyap secara tiba2 maka hairan lah sebab ada sesuatu yang berlaku disitu. 

20. Jangan lupakan tarikh lahir seseorang perempuan sebab perempuan sentiasa menunggu si dia wish happy birthday walaupun tiada hadiah. Cukup sekadar mengingat untuk menunjukkan mereka dihargai si dia. 

21. Perempuan dapat mengingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan lelaki. Sebab tulah bila lelaki mungkir janji mereka akan ingat sampai bila2. 

22. Kalau perempuan selalu menghubungi awak tu sebab mereka tak nak lost contact dari awak. 

23. Walaupun busy macam mana pun tolonglah luangkan sedikit masa untuk perempuan sebab mereka ni agak mudah berkecil hati. Pasti akan ada perasaan sedih. 

24. Bila seseorang perempuan sudah meninggalkanseseorang lelaki ni, takkan ada peluang kedua buat si lelaki tu, Mungkin ada lagi perasaan sayang tapi lebih banyak perasaan benci kerana disakiti .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...