BUBUR AYAM ala McD atau Marrybrown

-- Ayam
-- Kiub Ayam
-- Halia
-- Daun Bawang
-- Daun Sup
-- Bawang Goreng
-- Garam


Rebus ayam yg telah disembelih dgn halia & kiub ayam Maggie (berapa puluh ekor ayam terpulang. Janji tanpa bulu dan kepala)

*Tips kesihatan mak kami : rebus ayam sampai didih. Buang air tu then masuk air bersih lain utk dimasakkan dgn beras. Air yg dibuang td ada lemak2 ayam..nanti gumok

Basuh beras then masukkan air rebusan ibu ayam td a.k.a stok ayam. Masuk byk2. Dah nama bubur. Simpan sikit stok ayam tu utk tuang kat atas sebab nnt bubur tu bila sejuk akan kering.

Masa tgh masak...kacau lah bubur tu dengan penuh kasih syg dan sifat keibuan anda. Letak garam. Mak kami suruh buh garam kasaq. Berapa kampit terpulang.

Sementara nak masak...jgn tau berwasap berfesbuk ja. P cincang isi ayam dgn daun bawang dan segala rumpai yg uolls nak letak.

Dah masak.... ambik mangkuk buh bubur dan rumpai...hidang la untuk En. Husby masing2. Bagus utk En. Husby yg tgh demam makan. Kalau dia demam mengada sangat..tumbok ja.

Selamat bergerung!
Pakat request...so ambo karang la panjang lebor utk kome. Jari pun krem ni. K bye


Selamat Ulang Tahun

Alhamdulillah...
Dengan nikmat dan rahmat Allah s.w.t ayah sudah pun berusia 73 tahun. Tanggal 11 September 2014, kami adik beradik berkongsi modal buat kenduri bacaan Yassin malam Jumaat di masjid.

Setiap kali ulang tahun kelahiran ayah, aku akan tengok gambar-gambar ayah. Air mata mengalir sambil berdoa memohon dan merayu pada Allah supaya diringankan bebanan ayah dunia dan akhirat, dipermudahkan segala urusan ayah, diberi kesihatan yang berpanjangan, dan dipanjangkan usia ayah. Hanya 1 permintaan dalam doaku, mohon Allah panjangkan usia ayah. Kerana aku belum puas berjasa pada ayah. Aku mahu ayah menjadi wali dan menikahkan aku sendiri seperti kakak-kakak. Mahu melihat ayah bermain dengan anak-anakku seperti dia bermain dan melayan kerenah anak-anak kakak.

* Hari ini, 13 September 2014, bawak ayah jumpa doktor dan ambil ubat demam. Lepastu singgah warung sebelah klinik layan roti canai dengan teh tarik. Kali terakhir aku makan kat warung dengan bermenukan roti canai dan teh tarik bersama ayah tahun 2011. 
   Teringat pulak masa umur 7tahun dulu...selalu ikut ayah makan roti canai dengan teh dekat warung sebelah rumah. Roti potong siap-siap, letak kuah atas. Teh panas tu boleh nampak susu kat bawah teh kat atas. Lepastu ayah kacau teh tu, tiup bagi sejuk tuang dalam piring untuk aku minum.
  That's really memoriable. I'll be remember until my last brithe. I have no words to say about dad. But, I have a lot of thing to wish in my pray. He's my whole life.

I LOVE YOU AYAH...

Falling in love with gym fitness

Hello there...😉

Minat nak try tu dah ada lama sejak tengok instagram sharifah sakinah. Tapi asyik fikir negative saja. Tak da masa lah, takut hangat2 taik ayam lah, takut takda perempuan la, malu la bla bla bla...

Minat lagi terdorong dengan life sorang kawan lama yang join gym lepas kerja dan tengok result dia punya effort...makin kurus..hurmm...

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal...sorang kawan lama (since tadika berkawan) ajak pergi gym. Ahakkksss... 😎. Tapi yang sedih... dia ajak tapi tak berkesempatan nak pergi.

Aku pun survey gym fitness yg terdekat. Aku mencari gym yg bukak sepanjang hari takda cuti. Sebab aku memang ada masalah dari segi masa. Kalau ikut work hour gym yg terhad susah la nak follow.

Now, 5x pergi gym berat turun 3kg...huwarghhh...!!! Tak sia2. Anyway...pergi gym dah jadi hobi lak. Baju kasut dah siap dalam kereta. Senang nak singgah bila free.

Dapat baby lagiiii....!!!

Assalamualaikum...hello there...!!

Wahhh....lama nau tak mengupdate belog ni. Busy ke malas?? 😅😅

Keadaan bertambah busy sebenarnya sejak-sejak dapat anak buah yang ke12.
Baby boy...he's name Muhammad Izz Zahrin berbinkan abahnya Izzdihar.
Sebenarnya, tak busy mana pun. Bukan nak kena mandikan baby pun. Tapi, buat-buat busy buang masa main-main dengan baby...
Kenduri akikah pun sudah..
Perangai baby copy paste perangai ibu dia. Tidur siang berjaga malam. Tambah-tambah musim World Cup pulak ni. Ada ke orang dalam pantang tengok World Cup??? Ada....kakak aku.

Nahh...belanja gambar baby mata shepet mix kedah-sabah sikit

SOLAT SUBUH MENJADI PENGHALANG MASUK NERAKA?



Rasulullah SAW bersabda : "Tidaklah akan masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari (yaitu solat subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari (yaitu solat asar)." (H.R. Muslim no. 634)

SOLAT SUBUH JAMINAN MASUK SYURGA

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang mengerjakan solat bardain (yaitu solat subuh dan asar) maka dia akan masuk syurga." (H.R. Bukhari no. 574 - Muslim no. 635)

SOLAT SUBUH DAPAT PAHALA SEPERTI SOLAT SEMALAMAN

Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang solat isya' berjamaah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat shubuh berjamaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh malamnya." (H.R. Muslim no. 656)

SOLAT SUBUH MENDAPAT JAMINAN KESELAMATAN

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Oleh karena itu jangan sampai Allah menuntut sesuatu kepada kalian dari jaminan-Nya. Kerana siapa yang Allah menuntutnya dengan sesuatu dari jaminan-Nya, maka Allah pasti akan menemukannya, dan akan menelungkupkannya di atas wajahnya dalam neraka jahannam." (H.R. Muslim no. 163)

BERCAHAYA DI HARI KIAMAT

Rasulullah SAW bersabda : "Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (Isya' dan Subuh) menuju Masjid, dengan cahaya yang sangat terang pada hari Kiamat kelak."
(H.R. Ibnu Majah - Tirmidzi)

SOLAT SUBUH LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN ISINYA

Rasulullah SAW bersabda :
"Dua rakaat solat subuh itu lebih baik dari dunia beserta isinya." (H.R. Muslim - Ahmad)

PARA MALAIKAT MENYAKSIKAN

Allah SWA berfirman : "Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh tu disaksikan (oleh malaikat)." (Q.S. Al-Isra' 78)

Rasulullah SAW bersabda : "Dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul pada shalat fajar (subuh)." (H.R. Bukhari no. 137 - Muslim no. 632)

SubhanAllah...
Begitu banyak keistimewaan yang tersembunyi dibalik solat subuh. Sungguh merugilah kita yang telah sengaja meninggalkan serta melalaikannya.

Semoga kita tetap menjadi Umat Nabi Muhammad SAW yang senantiasa istiqamah dalam melaksanakannya. Niscaya kita akan termasuk golongan orang-orang yang beruntung di dunia juga di akhirat kelak. InsyaAllah.

Semoga catatan ini bermanfaat untuk kita semua. Dan menjadikan kita sebagai insan yang selalu istiqamah menjalankan solat subuh...

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...

...Hadiah Hari Jadi Dari Ayah

Assalamualaikum........Morning there!

EPISODE 1

Bangun pagi..siap-siap..nak breakfirst..tengok-tengok ayah dengan mak dok sembang-sembang sambil pegang pemplat kereta Honda Jazz. Bermula lah perbincangan nak beli kereta. Ayah minat Jazz. Hurmm...aku tak minat. Pastu ayah call salesman Honda, Azmi. Azmi cakap Honda City ada promosi diskaun RM8k..  Apaaa????!!!!

EPISODE 2

Sehari lepas tu, aku & ayah sampai lah di showroom Honda. Wahhh.... Honda City in showroom right now..Excited nyaaa...!!!!



Discuss punya discuss...akhirnya bersetuju pilih Honda City. Choice colour banyak...ada colour baru macam Honda Accord ni

Bila tengok Accord ni...hurmm..cun gak warna nya kan? Salesman cakap, colour tu memang cantik sebab colour tu dekat Accord... owhhh...okey faham..hehehe. Maksudnya, colour apa pun cantik kalau dekat Accord.. Huh tak mampu lah nak berAccord..huhuhu... So, final decision is White Honda City. 

Paling teruja...ayah bayar booking RM500 pastu mintak document aku...okeyy...Memang aku rasa betul-betul hadiah hari jadi. Tapi that day is 11 September 2013. That is ayah's birthday... Eh..sepatutnya aku lah bagi hadiah kat ayah kan? Tapi nak buat macam mana plan nak beli kereta ni ayah punya plan. Tak terlintas langsung dalam fikiran nak beli kereta dalam masa terdekat ni sebab duit tak da lagi. Ayah plan semalam, esok tu dah p booking terus...haaaa nampak tak perangai aku kat ayah? Memang perangai ayah dengan aku sama kan? Nak something tu dalam kadar segera. 


EPISODE 3

Dalam tempoh tunggu kereta, aku berusaha berjimat, bekerja keras, berusaha kedekut demi kumpul duit untuk bayar downpayment. Sebab, downpayment aku lah kena bayar sekali monthly..hehehe. Saleman call, inform loan lulus...horeyyyy....tak sabar..tak sabar...!!! Okey..continue cari duit.......................................

EPISODE 4

Dua bulan dah berlalu. Dapat call dari salesman, "Cik Asma, kereta dah sampai. Nanti boleh datang ambil"
Sengih sampai ke telinga uollss...macam nak melompat keseronokan...hehe~

Dah sampai Honda dengan ayah...dup dap dup dap.....excited!!!


Salesman ajak tengok kereta dekat store. Oh My God.... I can see you my dear...!!!

Tengah settle semua document..ayah cakap dia nak balik dulu. Ha???? takkan nak balik sorang-sorang?
:-( ayah pun balik tinggal aku sorang-sorang kat sini...huwaaa....berdebar....


First time masuk dalam kereta..wahh excited.. Berdebar. Macam-macam fikir. Takut terlanggar apa-apa kat jalan. Takut salah reverse. Takut tertekan minyak lebih..huwarghh...macam-macam. Aku pun drive dengan kelajuan 40km/j....kekekekkek... sebab tak biasa lagi dengan kereta baru ni kan..almaklum laaa...


Finally.....taraaaaa...... This is my Birthday present from ayah...!!!!
Alhamdulillah.........adik bongsu coming home....!!! sampai rumah jua.
Kalau kucing kita sayang kita letak nama. Aset yang kita sayang pun harus la letak nama. It name is Putih Melati. Nice?? hehehe....

Akak-akak aku wish tahniah and selamat membayar duit kereta....hahahahhaha....
Saborrr ja lahh... Why 9488? Itu nombor our family. Kereta ayah, akak-akak and abg ipar guna nombor yang sama.




==============================================================
Kenapa aku cakap Honda City ni hadiah hari jadi dari ayah?
Aku memang ada impian nak beli kereta sendiri. Tapi tak cukup duit lagi. Ntah bila nak cukup pun tak tahu lah. Pernah dulu cakap dekat ayah nak beli vios. Ayah cakap "jangan berangan" hurmm......
Jadi, bagi aku...kalau aku nak beli kereta mesti lah dengan izin ayah walaupun pakai duit sendiri.
Tup tup...ayah beria-ria nak beli kereta. Atas nama aku sendiri... I'm so excited uolss. Kebetulan that time masa booking tu 11 september, birthday ayah dan 16 september adalah birthday aku...hehehe....
Walaupun ayah cuma bayar booking RM500, aku bayar downpayment & monthly...tapi ia tetap hadiah hari jadi bagi aku sebab keizinan dan gerak hati ayah untuk beli kereta secara tiba-tiba tu yang buat ia sangat berharga. Thanks ayah. Impian miliki kereta sendiri kini tercapai dengan restu ayah dan izin Allah. Alhamdulillah...aset paling mahal pernah aku miliki selepas laptop dan bisnes sendiri. Dan ayah aset untuk aku di akhirat nanti.

PERBEZAAN buat kita saling MELENGKAPI



Malam, pasangannya siang.
Langit, pasangannya laut.
Gula, pasangannya garam.
Pensel, pasangannya pemadam.

Pada mata kasar, memang pasangannya tak sama sifat. Bukti?

Malam gelap. Siang terang (kecuali hujan)
Langit sangat-sangat lah tinggi ke atas. Laut subhanallah dalamnya ke bawah.
Gula rasanya manis. Garam masin.
Pensel wujud utk melakar menulis melukis. Pemadam tugasnya utk memadam.

Kan lain? Ehem,
Macam tu juga lelaki, pasangannya dengan perempuan.

Yang berbeza sifat, lebih baik. Lebih secocok. Lebih sepadan. Lebih melengkapi. (Ceh) So?

Takpe si lelaki kuat pemarah kalau jodohnya seorang perempuan yang penyabar.
Takpe si lelaki kuat cemburu kalau jodohnya seorang perempuan yang pandai jaga diri.
Takpe si lelaki pendiam kalau jodohnya seorang perempuan yang suka membebel.
Takpe.. Takpe.. Takpe..

Takpe si perempuan kuat merajuk kalau jodohnya seorang lelaki yang suka memujuk.
Takpe si perempuan tak pandai memasak kalau jodohnya seorang lelaki yang boleh ajar dia memasak.
Takpe si perempuan jahil tentang ilmu kalau jodohnya seorang lelaki yang mampu membimbing.
Takpe semuanya takpe..

Bila ada beza, itu lah yang buat ianya saling melengkapi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...