Selamat Ulang Tahun

Alhamdulillah...
Dengan nikmat dan rahmat Allah s.w.t ayah sudah pun berusia 73 tahun. Tanggal 11 September 2014, kami adik beradik berkongsi modal buat kenduri bacaan Yassin malam Jumaat di masjid.

Setiap kali ulang tahun kelahiran ayah, aku akan tengok gambar-gambar ayah. Air mata mengalir sambil berdoa memohon dan merayu pada Allah supaya diringankan bebanan ayah dunia dan akhirat, dipermudahkan segala urusan ayah, diberi kesihatan yang berpanjangan, dan dipanjangkan usia ayah. Hanya 1 permintaan dalam doaku, mohon Allah panjangkan usia ayah. Kerana aku belum puas berjasa pada ayah. Aku mahu ayah menjadi wali dan menikahkan aku sendiri seperti kakak-kakak. Mahu melihat ayah bermain dengan anak-anakku seperti dia bermain dan melayan kerenah anak-anak kakak.

* Hari ini, 13 September 2014, bawak ayah jumpa doktor dan ambil ubat demam. Lepastu singgah warung sebelah klinik layan roti canai dengan teh tarik. Kali terakhir aku makan kat warung dengan bermenukan roti canai dan teh tarik bersama ayah tahun 2011. 
   Teringat pulak masa umur 7tahun dulu...selalu ikut ayah makan roti canai dengan teh dekat warung sebelah rumah. Roti potong siap-siap, letak kuah atas. Teh panas tu boleh nampak susu kat bawah teh kat atas. Lepastu ayah kacau teh tu, tiup bagi sejuk tuang dalam piring untuk aku minum.
  That's really memoriable. I'll be remember until my last brithe. I have no words to say about dad. But, I have a lot of thing to wish in my pray. He's my whole life.

I LOVE YOU AYAH...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...