Aku Ingin Kau Tahu




Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, cintaku tulus ikhlas buatmu
Tidak pernah berganjak seinci ketulusan ini
Tidak terlintas di fikiranku untuk melepaskanmu

Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, impian aku adalah bersamamu
Walaupun sukar ku capai impian itu
Aku ingin kau tahu, aku sentiasa berusaha demi impian itu

Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, aku sentiasa sabar menyintaimu
Walaupun aku terasa perit
Aku tetap bertahan melawan keperitan itu dengan ikhlas

Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, cintaku pada terlalu besar
Walaupun sakitnya hatiku
Aku tetap bertahan dengan penuh tabah

Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, setiap memori yang kita cipta
Aku jadikan ia pengubat rinduku padamu
Agar tidak ada rasa benci padamu ketika kau melupaiku

Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, setiap derita dan pengorbananku
Adalah untuk kau dan aku juga masa depan kita berdua
Dan aku ikhlas menderita kerana cintaku padamu

Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, setiap titis air mataku
Adalah titisan kasih dan cintaku buatmu
Walaupun ketika itu aku derita keranamu

Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, aku sentiasa memaafkanmu
Walau seribu kali kau sakiti aku
Kerana aku menerima baik burukmu dengan ikhlas

Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, aku inginkan penghargaan darimu
Setiap pengorbananku dapat kau hargai
Kerana aku rela melakukan apa sahaja demimu walaupun di luar kemampuanku

Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, setiap tulisan coretanku ini
Ingin aku ungkapkan dengan bibirku sendiri di depanmu
Tapi, aku bimbang kau tidak rela lepaskan tanganku

Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, aku sentiasa menantimu
Walaupun aku tahu kau tidak akan datang
Kerana penantianku satu pengorbanan dalam bercinta

Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, kebahagiaanku adalah keranamu
Setiap senyuman dan gelak tawaku adalah keranamu
Dan ketika ini, kau merindui semuanya tentangku

Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, aku inginkan suaramu
Mengatakan kau mencintaiku seikhlas hatimu
Walaupun ketika itu, kau tidak akan dengar lagi kata balasan cinta dariku

Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, akan aku bawa cintaku ini bersama
Agar aku dapat teruskan cinta ini di syurga
Dan ketika itu, aku sentiasa menantimu di sana

Andai aku tidak buka mata lagi
Aku ingin kau tahu, ketika ini
Aku tidak lagi mengharapkan hadiah sebentuk cincin terukir namamu
Tapi, aku inginkan hadiah yang boleh membuat aku bahagia di sana
Ketika aku seorang diri tanpa kau disisiku
Dan hadiah ini adalah hadiah terakhir darimu untukku
Ikhlas dari hatimu yang pernah menyintaiku
Ketika ini, aku mohon kau hadiahkan aku Al-Fatihah...



~created by : asmanadirah~pencil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...