Apa Untungnya Jadi Orang Ketiga


Pernah tak korang menjadi 'orang ketiga' bagaimana rasanya bila korang meletakkan diri korang berada di tengah2 di antara 'orang pertama' dan 'orang kedua'?

Menjadi 'orang ketiga' tak semestinya berlaku pd pergolakan rumahtangga je. malahan 'orang ketiga' juga wujud dLm edisi pertunangan dua bakal pengantin dan juga dLm percintaan antara kekasih. dan persoalan yg selalu wujud ... berbaloikah kita terhimpit dalam situasi cinta segi tiga ini?

Bagi 'orang pertama', munculnya org ketiga ini umpama org mengantuk disorongkan bantal. mana taknya, masih ada yang mahu merapati tatkala hati kita sebenarnya sudah menjadi milik 'orang kedua'. dan bagi org kedua, kemunculan 'orang ketiga' dlm senyap2 bukanlah sesuatu yg menyenangkan bila hal sedemikian sampai ke pengetahuan kita.

Aku cuma mahu mengupas apa sebenarnya yang diingini oleh 'orang ketiga'. aku kira, mungkin punca pertamanya, kerana timbul perasaan bangga kerana berjaya mendekati seorang yg bukannya miliknya. kerana secara dasarnya, jika seseorang itu sudah berpunya, hati dan perasaannya pasti telah tertutup untuk yang lain. dan jika tembok itu sudah mampu dirobohkan, pasti ada rasa kemenangan yg membawa sikap keegoan atas pencapaian itu. ini semua berpunca dari sikap kebiadapan uTk merampas hak orang lain.

Mungkin ada yang menjadi 'orang ketiga' tanpa dia sedari. Samada ianya dirancang sebaik mungkin atau secara tidak disengajakan, mana mungkin cinta mampu ditepis. kerana cinta mungkin sudah mengikat mereka dan demi rasa cinta itu, segala lautan cabaran mahu diharunginya. kononnya la ...

Response manusia yg punya hati

sekiranya anda tahu anda org ketiga, elakkan lah.Nanti takut Allah bayar cash dimana akan muncul org ketiga dalam kehidupan anda dan pasangan anda..Buat sang lelaki / perempuan..andai kata anda dah berpunya iaitu suami atau tunangn orangg..janganlah mudah lentok dengan orang ketiga itu..tepuk sebelah tangan takkan berbunyi...

orang ketiga hanya mahu memiliki..jika dia punya hati yg ikhlas dia akan undur diri setelah dia tahu dia telah merampas kebahagiaan org lain. kerana dia..banyak hati yg terluka..andai dia sedar tentang itu..dia akan menyesal setelah diri dia rupanya "org ketiga"

mungkin ini disebabkan 'orang pertama' menyayangi 'orang ketiga' lebih dari 'orang kedua'. jadi sebagai penakluk kasih, besar kemungkinan 'orang ketiga' menjadi pemenang mutlak.

jadi, apa untungnya jadi 'orang ketiga'? bukan hanya akan dipandang kotor oleh orang keliling, tetapi dia sebenarnya cuba menghancurkan diri sendiri. dan bila dia mula memikirkan yang dia ini hanya dipermain-mainkan, pasti akan timbul rasa marah dan benci, bukan hanya pada pasangan 'orang pertama' dan 'orang kedua' tetapi juga sesiapa sahaja yang mahu mendampinginya.

kita mampu jatuh cinta dengan sesiapa sahaja, tetapi kita mampu untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja. bila kamu sudah mengetahui dan menyedari yang si dia itu sebenarnya sudah ada seseorang yang lain, jauhkanlah diri kita darinya. pedulikan segala rasa yang sudah tersemat di hati kita. kerana kita sebenarnya sudah berada di ambang kekalahan dalam perhubungan ini. kita sudah mengetahui kedudukan kita sebagai penganggu dalam satu perhubungan. dan yang mungkin besar dalam hal ini, kita mengetahui sekarang yang orang kita kasihi dan cintai itu, sebenarnya seorang manusia yang tidak terikat dalam kesetiaan!

adakah ini yang kita mahukan dalam kebahagiaan kita?





sama ada kita menjadi "orang pertama".."orang kedua"..mahupun "orang ketiga"..yang penting kita saling menghormati perasaan orang lain..
hormati hak org lain dan cuba letakkan diri kita pada tmpt 'org kedua'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...