
Happy New Year...........!!!!!
Assalamualaikum and Good Morning all readers.
Asal tahun baru je tak da benda lain yang jadi topik... everyone talking about "AZAM" .
Syukur Alhamdulillah kita masih diberi nafas dan peluang untuk meneruskan life kita di muka bumi Allah s.w.t ini. Semoga tahun 2013 dapat memberi satu semangat untuk terus mematangkan diri. Jadikan tahun 2012 yang lalu sebagai kenangan dan pengalaman buat kita semua. Mungkin 2012 you all dipenuhi kenangan pahit, kekecewaan, kesedihan, penuh onak duri dan ombak rindu..but that is a lesson to you. Semua itu adalah pengalaman. Dan pengalaman di 2012 itu lah yang mengajar kita untuk kita menghadapi tahun 2013 dan tahun seterusnya dengan penuh kematangan dan tenang. Bagi you all yang menjalani tahun 2012 dengan penuh kemanisan dan kebahgiaan..alhamdulillah. Semoga kebahagiaan itu diredhai dan dirahmati Allah s.w.t.
Hurmmm....ramai juge kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan. Paling happy... ada BFF yang dapat baby dan baby 'lagi'..perhhh...terbaekkk. Aku turut happy lah ngn korang. Tahniah!
So, what about me? Azam? Still like last year. Nak kumpul duit..hehhehe. Tu je yang mampu buat. Nak simpan azam nak kahwin...hurmm.... tu bukan keje aku. Semua itu dengan izin Allah. Azam nak kahwin, 10 tahun lepas pun ada buat azam tu.hehehe.... kite ni kan perempuan. Tunggu je lar sape yang sudi..kih3. Tahun 2013 adalah tahun aku menjangkau 26 tahun.....arghhhhhh.....macam tak percaya..huargghhh..!!! Macam tua je bila sebut 26 tahun...alhamdulillah...at least aku sempat merasai usia tua..huhu.. masih di beri nafas untuk meneruskan hidup.
Harapan aku, tahun 2013 ni aku akan menjadi lebih matang, lebih bersabar, lebih tenang menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Dan aku juga mendoakan kedua orang tua aku yang tercinta dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan. Insyaallah. Selepas kakak ke5 aku berkahwin, makin besar keluarga aku lepas ni. Maybe dapat baby lagi..horeyyyyy!!! Semoga Allah sentiasa menyatukan hati kami sekeluarga dan menjauhkan kami sekeluarga dari perkara buruk. Harap, tahun 2013 tak ada yang masuk ward lagi...termasuk aku.. ngeeeee~


Gaya orang
kaya 2013
No comments:
Post a Comment