Kauter Bank Belek Katalog Avon

(Gambar Hiasan)

Pernah tak korang berada di sebalik meja kaunter bank atau mana-mana kaunter yang mejanya seperti dalam gambar di atas? If korang sebagai pelanggan, pernah tak korang jenguk-jenguk,panjang-panjangkan leher lihat meja kaunter? Nak tau apa cerita tajuk entry aku kali ni, follow kisah malang ni dulu...ngeeee~

Assalamualaikum and Good Evening...

Hari Isnin yang sangat malang. Malang bukan apa pun. Mesin CDM di bank teeetttt (sensored) cari pasal dengan aku. Aku bankin duit RM 3000 ke akaun sendiri. Duit tu bukan untuk simpanan tapi untuk digunakan semula atau sebagai modal untuk sesuatu urusan dalam perniagaan aku sendiri. Tengah tunggu mesin kong kreng kong kreng kira duit...

Sila sahkan wang anda
-
-
Sila tunggu (untuk ambik resit)
-
tunggu...tunggu...tunggu... 10 minit
-
-
Resit Keluar
-
-
"Transaction Timeout. Sila Hubungi Pihak Bank"

aku tak faham. Then aku tanya abg polis. Dia cakap pergi kaunter. Mujur aku pergi time kaunter buka.

TIBA-TIBA...!!!

Aku diberi tahu. Duit tu akan masuk ke dalam akaun selepas seminggu lebih akibat system down. Perghhhh.......berasap aku... Seminggu lebih tuuu...aku nak guna duit tu kot... Memang gilerr..

OK. Fine..maybe itu caranya kot. Maybe semua bank macam tu. Maybe bank tu jer kerenah macam tu.
Sementara tunggu Cik kaunter tu urus problem aku ni, aku nampak la 3 orang Cik-cik kaunter lagi tengah belek buku katalog Avon. Nak dijadikan cerita... Customer time tu ramai giler dok tunggu. Penuh bank sampai kena tunggu kat luar bank. Nak dijadikan cerita lagi...dekat kaunter tu aku sorang jer. Sebab aku special case sikit so aku terus direct ke kaunter. Takyah ambik Nombor giliran.

Cuba korang bayangkan..~~~~~~~~
Korang salah seorang pelanggan bank time tu. Tunggu lama giler. Cik Kaunter tengah busy window shopping lak time tu..hadoiiiii....saborrr je lar...

2 comments:

  1. salam, nak tanya, lepas seminggu duit awak masuk tak? sbb saya baru jadi kes macam ni

    ReplyDelete
  2. Salam, lepas seminggu tu masuk tak duitnya. Saya pun jadi macam ni. Tak tau nak buat apa. huaaaa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...