Kena Sound di Parking Lot



Pada hari jumaat, macam biasa...hari aku rajin untuk memasak. So awal pagi mula merajinkan diri pergi market beli barang dengan anak buah. Kat area market tu boleh jer nak parking mana-mana pun. Aku jumpa ada 1 tempat kosong so dengan riang ria nya aku zuuupppp...! masuk then park kereta kat situ. Turut kereta, aku nampak sorang maknya (cina pompuan tua) berjalan dari arah market. Tangan kiri pegang payung, tangan kanan pegang bakul. Aku tengok muka dia mcm badmood jer. Ahh..lantak lah. Then, aku pun berjalan pegang tangan anak buah. Maknya cina tua tu selisih dengan aku. Tiba-tiba dia tegur aku. Aku dengan semangat satu malaysia, berhenti, senyum, bercakap dengan dia. Aku ingat dia pun nak semangat satu malaysia. Rupa-rupanya....dia sound aku.....

MAKNYA CINA TUA : hang tau dak ni tanah sapa?? 
AKU : ha?? (bingung..konpius..blur..) 
MAKNYA CINA TUA : ni tanah aku hang tau dak? 
AKU : ooowww..... (masih konpius. Dalam hati cakap cina ni gila kot) 
MAKNYA CINA TUA : ni tanah aku..! hampa dok letak kereta atas tanah aku..! 
AKU : owww..... awat auntie tak buat kauter bayaq parking. 

Pastu aku pun terus blah. Tak mau layan cina tua ni. Ntah nyanyok ntah tak betul. Tapi maknya tu masih

MAKNYA CINA TUA : bla bla bla bla bla bla.....

HAhahaha...aku pun tak dengar dia beletiaq apa.
Selama ni aku dok parking kereta kat tempat yang sama tak da pulak yang mai larang or sound aku. Dalam banyak-banyak kereta yang parking kat tempat yang sama, aku jugak yang dia sound. Okeyy..fine. Maybe selama ni dia tak nampak tuan punya kereta yang parking atas tanah dia. Tiba-tiba hari ni dia dapat jumpa sendiri dengan salah seorang tuan kereta yang parking kereta atas tanah dia iaitu Aku. Tapi.... tempat tu memang dah lama giler kot terbiar. Memang dah lama dah orang dok park kereta kat situ. Haihhh..pelik aku.

Lepas beli barang, aku pergi dekat kereta aku cek kereta dulu. Aku pusing 360 darjah keliling kereta. Tengok, kot-kot maknya tu heret duit syiling kat body kereta ka, buang angin tayar kereta aku ka...kekekkekeke... Mana tau...hehehhe....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...