
Assalamualaikum...hye there..!
Firstly, kita usha gambo ni dulu.

Ok now, we are talking about the cop. Okeyy.. abg polis tu sedang menggunakan telefon bimbit di dalam kereta polis. Apa yang jadi isu di Facebook sekarang... seorang anggota polis sedang menggunakan telefon bimbit ketika memandu. TAPI.... very sure ke kereta tu sedang bergerak? Very sure ke anggota polis tu sedang memandu. Ntah-ntah tengah berenti dekat traffic light kot. Ermm...maybe tengah berhenti tepi jalan. Ishh..korang...memandai ajer...
Ramai pengomen-pengomen di facebook mengecam hebat tindakan anggota polis ni. Masing-masing menunjukkan kehebatan berdebat mengenai undang-undang. Ramai yang persalahkan tindakan anggota polis ni. "Orang ada kuasa macam-macam boleh buat". Ada pula yang sindir "Mana pergi undang-undang". Haihhh...macam-macam lah.
Korang ni pun... kalau ye pun abg polis tu dah buat salah tak payah la upload kat facebook. Pastu buat isu and kontroversi. Nak tau kenape TAK PERLU jadikan isu? tengok ni...
Dalam ramai-ramai rakyat MALAYSIA meluahkan rasa ketidakpuasan hati..tiba-tiba muncul Mat Indon ni. Korang kena tahu satu perkara. Di dalam Youtube, bersepah video yang di 'create' dan di 'upload' oleh warga Indonesia berkaitan kelemahan anggota PDRM. Korang tak fikir ke bila negara lain nampak kelemahan dalam negara kita, apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Nak jadi macam Israel vs Palestin ker? Korang sendiri tahu kan, betapa anti nya rakyat Indon dengan Malaysia. Paling penting, rakyat Indon dah melimpah ruah dalam Malaysia sekarang. Mujur persisiran Malaysia ada pantai. Kalau ada tebing? Tak ke ada yang jatuh dalam laut sebab dah sesak sangat dengan rakyat Indon dalam negara.
Siapa yang bagi idea kepada rakyat Indon mencaci dan merendahkan martabat PDRM? Dari mana datangnya pengetahuan mereka ini? Of course la rakyat Malaysia sendiri. Rakyat Malaysia sendiri yang upload gambar seumpama ini. Salah satunya gambar polis menggunakan telefon ketika memandu (belum pasti memandu atau berhenti). Rakyat Malaysia sendiri yang cetuskan kontroversi ini. Kesannya, Mat Indon kat atas tu dah masuk jarum. Ini lah sikap rakyat Malaysia yang nak jatuhkan negara sendiri.
Korang tak fikir, bila korang kena rompak, kena rogol, kena ugut bla bla bla...polis lah tempat korang nak dapat balik hak korang. Jangan kate kes jenayah, orang lain upload gambar korang dalam facebook pun korang buat report polis. alamakaiii..... Ce korang pergi report dekat balai bomba? Tak ke kena sembur dengan air? HaHaHa...
Ce tanam semangat kerakyatan dalam diri. Semua orang buat silap. Tak kira lah orang tu doktor, peguam, majistret, menteri atau polis. Jadi tak perlu lah buat isu dan cetuskan kontroversi. Sebagai rakyat, kita perlu saling pertahankan maruah negara. If ditakdirkan one day, kita bermusuhan dengan negara jiran... Polis lah antara individu yang memikul tanggungjawab paling berat iaitu menjaga dan melindungi rakyat Malaysia. Renung-renungkan.

No comments:
Post a Comment