Salam Ramadhan...
Hari ni dah 5 hari berpuasa kan? sekejap sangat rasa....
Buka facebook tadi ada isu pasal Mufti Perak, Harussani Zakaria melarang surau-surau dan masjid-masjid menyelitkan tazkirah di tengah-tengah solat sunat Tarawikh.
![]() |
click for large view |
HUrmm......hurmmm.....
bagi pendapat saya la kan, ada betulnya jugak kata tuan mufti ni. Bulan ni je lah kita umat Islam nak menikmati ibadah solat tarawikh. Tapi yang 'bangang'nya admin page ni, dari dulu lagi teman peghati. Post dia nampak sangat kepolitikan dia. Pasal ni pun dia nak politikkan. Itu baru admin page. Cuba tengok yang dok komen tu pulak... Allah...Astaghfirullahalazim. Hidup mati mereka hanya ada politik politik politik.
Masing-masing bercakap seperti ilmu depa lebih tinggi dari mufti dan ulama'. Mufti keluar peraturan itu ini, depa kata politik. 'Tok Guru' depa keluar fatwa itu ini sesuka hati depa sambut baik plak kan.
Disebabkan ramai sangat yang salah faham dengan statement Tuan mufti. Ramai plak yang nampak seperti 'kaki masjid' (ntah terawikh 8 je)
Jadi...awek ni datang...nah dapat 11 Like.
skali bodo daaaa.......dasyat~
Tiba-tiba awek ni emosional lak..nah 5 Like..hahahha
So, pendapat aku walaupun masih jahil, Masyarakat bukan tak suka atau takut dengan tazkirah. Tak salah nak buat tazkirah. Tapi, seperti Tuan mufti katakan..buat tazkirah sebelum solat Isyak atau selepas Tarawikh adalah lebih baik. Tazkirah adalah majlis ilmu. Bila-bila boleh laksanakan. Waktu subuh pun boleh. Sebelum buka puasa pun boleh. Bulan Ramadhan kan datang hanya sekali dalam setahun. Hanya bulan Ramadhan jer kita nk bertarawikh.
Ada yang kata "kalau tazkirah lepas tarawikh, pakat balik la. Sapa nak dengar tazkirah lagi"
Ada juga yang kata "Alahhh...5 minit je pun tazkirah tu. Apa salahnya tgh2 tarawikh"
okeyy..fine! kalau sekejap je, kita ada masa lebih lama jika Tazkirah dilaksanakan lepas solat Maghrib sementara tunggu waktu Isyak. Jadi, masa tak terbuang dengan hisap rokok kat luar masjid masa nak tunggu Isyak kan? Lepas Isyak boleh tarawikh dengan lancar. Lepas tu Morehhhh..!!! Mak-mak yang letih memasak untuk berbuka boleh rehat awal atau masak untuk bersahur pulak. Islam itu mudah kan?
Hanya orang yang obses politik jer yang memberatkan setiap suruhan dan larangan yang diperuntukkan. Pastu bajet ilmu penuh di dada. Masing-masing bajet alim ulama. Padahal....niat tarawikh pun tak reti. Itu baru tarawikh...solat Witir apetah lagi..hahahahha.... Poyo jer semua depa tu.
......................salam ramadhan....................
No comments:
Post a Comment