Assalamualikum..
Hari Jumaat yang free, waste time with si bulus. Si bulus asyik main dalam rumah, tidur dalam sangkar jer, so hari cuti ni kasi riadah sikit makan angin luar rumah.
 |
Queen of State... perati jer si bulus main-main berlari. Tengah sabar dan kawal rasa geram. Ikut hati nak tangkap jer si bulus. |
Memang best bila bagi si bulus main kat luar rumah. Tapi, masalahnya.....nak panggil balik tu yang payah tahap dewa. Tambah-tambah si Lola ni. Cukup payah nak panggil dia balik. Sekampung pakat kepung dia. Biasanya, umpan dia dengan akar galak kalau nak tangkap dia masuk sangkar. Tapi kali ni dah cerdik. Dia dah taw dah...akar galak tu cuma nak perdayakan dia. Kita umpan akar galak pun dia lari jugak...hurmmm...
 |
acecehh..bulu ditiup angin. Nikon aku berjaya shoot scene terbaik macam ni |
 |
Teropong Leo, padahal orang lain teropong dia |
 |
Ha..kan dah kantoi (comey ja muka ni) |
 |
kucing kampung yang dok tidur merempat pun tak masuk dalam semak pokok serai tu. Time ni dia tengah selamatkan diri masa nak tangkap masuk sangkar...hadoiii..penattt!!! |
 |
dah macam anjing rupa dia. Semput berlari. |
 |
Baru lepas mandi dia main tidur ja atas tanah macam tu..hadoiii..LOLA...LOLA..buas sungguhh.. |
Akhirnya... dua bulus yang kecik tu bila lapar atau nak kencing je..balik la mintak makan. Yang si Lola tu, biarkan jer. Akhirnya, dia penat, semput...dia masuk dalam rumah tidur meniarap atas lantai dalam bilik ayah. Haaa...sonang..!
No comments:
Post a Comment