Artikel ini sedikit sebanyak membuatkan aku sedar, Hanya doa yg mampu ku iringi untuk jodohku walau dimana dia berada,kerana sesungguhnya, Allah sudah tentukan kebahagiaan dunia akhiratku hanya dengannya.Insyaallah.
Jodoh
tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai
menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah
perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia
25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum
apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina
kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa
lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita
baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang
jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar
lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada
menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang
kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku
pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita
juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati
kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri
telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak
mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika
anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah
hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya
kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang
dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia
akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia
baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai
juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang
menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.
Bukankah
dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa
ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka
bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup
berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika
tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan
diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum
bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran
itu.
Jangan
berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk
melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak
jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta
yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati
remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah
bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi
iman terselit di dada.
Kekayaan
yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah
jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya
mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu
menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
No comments:
Post a Comment