FIRMAN Allah bermaksud:
“Wahai orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan ‘Tartil’ (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah yang berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya”. (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)

Hadith:
DARI Abdullah r.a
katanya:”Diceritakan kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki yang tidur
sepanjang malam sampai Subuh. Maka bersabda baginda Rasulullah SAW:
Orang itu telah dikencingi oleh syaitan di kedua-dua telinganya.”
Riwayat al-Bukhari
Huraian Hadith:
1.
Mengambil berat tentang solat akan menjadikan seseorang muslim bebas
serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat
menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk berdamping hingga
menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.
2. Bangun untuk
mengerjakan solat malam (tahajjud) adalah amalan yang sangat dituntut
oleh Islam bahkan ia boleh menjadikan iman seseorang itu kuat bahkan
menjadi benteng yang menangkis daripada sebarang perbuatan khianat
(sihir) menimpa diri.
3. Islam menyarankan kita agar
berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al-Quran dan berzikir kepada
Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap. Abu Hurairah meriwayatkan:
“Sesiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur, dirinya
sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak
mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi’.
Oleh
demikian, menghidupkan malam hari dengan bertahajud dan bermunajat
kepada Allah akan mendapat kasih sayang dari Allah dan kasih sayang
Allah itu terpancar dari-Nya melalui sikap serta tindakannya.
Segala sikap dan tindakannya sentiasa di dalam pemeliharaan Allah, yang seterusnya orang lain pula apabila melihatnya akan timbul perasan kasih dan hormat akibat pancaran kasih sayang Allah kepadanya.

Firman Allah bermaksud:
“Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempat kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami. Dan bertasbihlah menemui Tuhanmu semasa engkau bangun. Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepada-Nya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh)”. (Surah al-Thur, ayat 48-49)

Allah
menyediakan banyak pengurniaan-Nya terhadap orang yang sanggup menukar
tempat tidur dan masa istirehatnya, tilam yang empuk, bangun dalam
kesejukan untuk bersuci dan terus beribadah kepada Allah, dijanjikan
kedudukan yang terpuji baik di dunia mahupun akhirat.

No comments:
Post a Comment